Tuesday, June 20, 2023

Kursus Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) Sukan Spesifik Silat Tahap 1 & 2

 










1. Nama aktiviti: Kursus Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) Sukan Spesifik Silat Tahap 1 & 2

2. Tarikh: 14 - 18 Jun 2023

3. Penganjur: Kelab Silat MJII dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan

4. Kerjasama: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Institut Sukan Negara dan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan

5. Tempat: MJII

6. Sinopsis: Program ini dijalankan selama 5 hari yang melibatkan 122 orang peserta tahap 1 dan 21 orang peserta tahap 2. Secara keseluruhan, penyertaan adalah seramai 143 orang peserta dari seluruh negara dan merupakan penyertaan teramai yang pernah dianjurkan di negara kita. Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan pertubuhan/institusi. Ada juga dikalangan peserta adalah atlit negara dan negeri yang ingin mendapatkan persijilan kejurulatihan. Kursus ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah peraturan pertandingan, teknik dan taktik, kemahiran silat, kesihatan dan permakanan serta kaedah perancangan jurulatih. Peserta juga perlu menyelesaikan tugasan serta lulus ujian penilaian teori dan praktikal bagi memperoleh Sijil Kejurulatihan.

Seramai 2 orang tenaga pengajar dan 3 orang atlit MJII telah menyertai kursus ini dan lulus dengan jayanya. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan berjaya dilaksanakan cemerlang. Diharapkan agar program pembangunan sukan silat ini akan ada kesinambungan lagi seperti penganjuran kursus wasit juri mahupun penganjuran kejohanan silat peringkat kebangsaan di MJII kelak.

by Asiq sensei

No comments:

Post a Comment