Saturday, October 17, 2026

Asrama.... BICARA ANGGUN: LESTARIKAN MARUAH, BENTENG SAHSIAH

 









🌸✨ BICARA ANGGUN: LESTARIKAN MARUAH, BENTENG SAHSIAH ✨🌸


Sopan dalam pergaulan, kuat dalam prinsip, mulia dalam diri.


Maruah wanita bukan sekadar pada penampilan, tetapi terpancar melalui tutur kata, tingkah laku, adab dan keupayaan menjaga batas dalam setiap pergaulan. 💗


Atas kesedaran tersebut, pada 16 Okt 2026 jam 9mlm, AJK Felo Perempuan TVETMARA MJII telah menganjurkan program Bicara Anggun: Lestarikan Maruah, Benteng Sahsiah yang menghimpunkan semua pelajar perempuan TVETMARA MJII dalam usaha menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga maruah diri, memperkukuh disiplin serta membentuk sahsiah wanita yang berilmu, beradab dan berprinsip.


Program ini turut memberi ruang kepada para pelajar untuk membuat refleksi kendiri tentang pergaulan, disiplin dan penjagaan aurat sebagai asas pembentukan wanita yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul dari segi akhlak dan keperibadian. 🌷

💐


 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

🌹 Puan Noor Hakima binti Ahmad

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Khidmat Pengurusan


🌹 Puan Nor riah Hani binti Jamaluddin

Kaunselor TVETMARA MJII


🌹 Ustazah Nor Hidayah binti Adimun

Pengajar Unit Pendidikan Islam


Penghargaan turut diberikan kepada AJK Felo Perempuan TVETMARA MJII, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta seluruh pelajar perempuan yang memberikan komitmen dan penyertaan yang baik sepanjang program berlangsung.


Semoga perkongsian dan pengisian yang disampaikan menjadi pedoman dalam kehidupan seharian, seterusnya melahirkan generasi wanita yang bijaksana membuat pilihan, teguh mempertahankan prinsip dan sentiasa memelihara maruah diri. 💖


Kerana wanita yang anggun bukan hanya indah pada rupa, tetapi juga terserlah melalui akhlak, ilmu dan keperibadian.


🌸 Pelajar Berilmu, Wanita Berwibawa! 🌸

by Puan Hidayah Library

Asrama... ROLL CALL PELAJAR TVETMARA MJII

 








📢 ROLL CALL PELAJAR TVETMARA MJII


📅 Tarikh: 14 Oktober 2026 (Rabu)

⏰ Masa: 10.00 malam – 11.30 malam

👥 Penglibatan: Semua Pelajar


Satu sesi Roll Call Pelajar telah dilaksanakan bagi menyampaikan peringatan dan penegasan berkaitan disiplin, pematuhan peraturan serta tanggungjawab pelajar sepanjang berada di asrama dan di kampus.


Antara perkara yang diberikan penekanan termasuk penglibatan dalam aktiviti Taiso, Kouza dan bacaan Yasin, penjagaan batas pergaulan, ketepatan masa, kewajipan menunaikan solat Jumaat, pematuhan waktu curfew, penjagaan fasiliti, penampilan diri, kebersihan bilik, penjimatan elektrik serta pematuhan prosedur sistem keluar masuk pelajar.


Sesi ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan membentuk jati diri pelajar agar sentiasa berdisiplin, bertanggungjawab serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.


🙏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, serta Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar, Pn. Noor Hakima binti Ahmad, atas kepimpinan, perhatian dan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan, disiplin dan pembangunan sahsiah pelajar sentiasa diberikan keutamaan.


Penghargaan turut diberikan kepada AJK Felo yang telah menganjurkan dan menjayakan sesi ini atas komitmen serta usaha berterusan dalam membimbing pelajar dan memastikan pematuhan peraturan demi mewujudkan persekitaran kampus dan asrama yang selamat, teratur dan kondusif.


Semoga usaha ini dapat melahirkan pelajar TVETMARA MJII yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang teknikal, malah mempunyai disiplin tinggi, sahsiah terpuji dan semangat tanggungjawab yang kukuh.


Disiplin Diperkasa, Sahsiah Terbina, Kecemerlangan Terlaksana! 💪

by Puan Hidayah Library

Thursday, October 15, 2026

TEKNOUSAHAWAN TVETMARA MJII MENYERLAH DALAM INDUSTRI SEMIKONDUKTOR

 




MELANGKAH LEBIH JAUH, MEMACU INOVASI: TEKNOUSAHAWAN TVETMARA MJII MENYERLAH DALAM INDUSTRI SEMIKONDUKTOR


Tarikh majlis : 4 Oktober 2026 (Ahad)

Tempat: Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Anjuran: MARA Negeri Pulau Pinang


Penglibatan:


Ir. Izwan — Peserta inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII.

Encik Nazif — Peserta inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII.


Sinopsis / Ringkasan Aktiviti:


Dua peserta inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII, Ir. Izwan dan Encik Nazif, telah selesai mengikuti program pembangunan reka bentuk litar bersepadu (IC) bersama MARA Negeri Pulau Pinang yang dilaksanakan secara berfasa. Penyertaan ini turut merangkumi program IC Commercialization, Supply Chain, Go-to-Market & Sales Strategy, yang majlis penutupannya berlangsung pada 4 Oktober 2026.


Program ini memberi penekanan kepada aspek pengkomersialan IC, rantaian bekalan, strategi memasuki pasaran serta jualan. Penglibatan kedua-dua peserta membantu memperkukuh pengetahuan perniagaan bagi melengkapi kemahiran teknikal mereka, sekali gus menyokong persediaan untuk meneroka peluang dalam industri semikonduktor.


Langkah seterusnya yang dirancang ialah fasa tape-out MPW (Multi-Project Wafer) bersama SilTerra, sebagai kesinambungan kepada pembangunan reka bentuk IC. Perancangan ini merupakan langkah ke arah merealisasikan hasil reka bentuk melalui proses fabrikasi serta membina pengalaman dalam pembangunan cip.


Usaha ini turut mendukung hasrat Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk menjadikan MJII sebagai pusat pendidikan TVET yang melahirkan modal insan bertaraf dunia. Pembangunan teknousahawan melalui program inkubator dan kerjasama industri menyokong usaha melahirkan usahawan yang kompeten, bersedia memenuhi keperluan industri serta mampu menghadapi cabaran masa hadapan.


Diharapkan penyertaan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada teknousahawan TVETMARA MJII untuk mengembangkan inovasi, memperluas jaringan industri dan membina perniagaan yang berdaya saing dalam sektor semikonduktor.

by sensei Azeera

TEKNOUSAHAWAN TVETMARA MJII MENEROKA PENGEMBANGAN DOKTOR GADGET BERSAMA PERNAS

 





SELANGKAH KE HADAPAN: TEKNOUSAHAWAN TVETMARA MJII MENEROKA PENGEMBANGAN DOKTOR GADGET BERSAMA PERNAS


Tarikh: 13 Oktober 2026

Masa: 2.00 petang

Tempat: Doktor Gadget Beranang


Penglibatan:


Encik Muhammad Faiz Ridzuan Bin Mohamad  — Usahawan Doktor Gadget, peserta inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII.

Encik Muhamad Imran Aliff Muzafar Shah — Eksekutif Kanan, Seksyen Pembangunan Francais, Jabatan Pembangunan dan Perkhidmatan Francais, Pernas.


Sinopsis / Ringkasan Aktiviti:


Pertemuan antara Encik Faiz, usahawan Doktor Gadget yang merupakan peserta inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII, bersama pihak Pernas telah diadakan bagi membincangkan hasrat untuk mengembangkan perniagaan melalui penambahan cawangan baharu serta meneroka peluang usaha sama.


Perbincangan memberi tumpuan kepada hala tuju pengembangan Doktor Gadget dan potensi pembangunan perniagaan melalui pendekatan francais. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII dalam menyokong pembangunan usahawan berasaskan kemahiran teknikal agar mampu mengurus dan mengembangkan perniagaan secara lebih tersusun serta berdaya saing.


Usaha ini turut mendukung hasrat Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk menjadikan MJII sebagai pusat pendidikan TVET yang melahirkan modal insan bertaraf dunia. Pembangunan teknousahawan melalui program inkubator dan jalinan kerjasama industri menjadi antara usaha ke arah melahirkan usahawan yang kompeten, bersedia memenuhi keperluan industri serta mampu menghadapi cabaran masa hadapan.


Pertemuan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama selanjutnya bersama Pernas bagi menyokong aspirasi Doktor Gadget memperluas rangkaian cawangannya, di samping memperkukuh potensi teknousahawan TVETMARA MJII dalam membina perniagaan yang mampan.

bu sensei Azeera

Program pembangunan reka bentuk litar bersepadu (IC) bersama MARA Negeri Pulau Pinang

 





MELANGKAH LEBIH JAUH, MEMACU INOVASI: TEKNOUSAHAWAN TVETMARA MJII MENYERLAH DALAM INDUSTRI SEMIKONDUKTOR


Tarikh Majlis Penutup: 4 Oktober 2026 (Ahad)

Tempat: Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Anjuran: MARA Negeri Pulau Pinang


Penglibatan


 Ir. Ts. Izwan Hadi Bin Zamhuri — Peserta inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII.

 Encik Nazif Emran Bin Farid — Peserta inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII.


Sinopsis / Ringkasan Aktiviti


Dua peserta inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII, Ir. Ts. Izwan Hadi Bin Zamhuri  dan Encik Nazif Emran Bin Farid, telah selesai mengikuti program pembangunan reka bentuk litar bersepadu (IC) bersama MARA Negeri Pulau Pinang yang dilaksanakan secara berfasa. Penyertaan ini turut merangkumi program IC Commercialization, Supply Chain, Go-to-Market & Sales Strategy, yang majlis penutupannya berlangsung pada 4 Oktober 2026.


Program ini memberi penekanan kepada aspek pengkomersialan IC, rantaian bekalan, strategi memasuki pasaran serta jualan. Penglibatan kedua-dua peserta membantu memperkukuh pengetahuan perniagaan bagi melengkapi kemahiran teknikal mereka, sekali gus menyokong persediaan untuk meneroka peluang dalam industri semikonduktor.


Langkah seterusnya yang dirancang ialah fasa tape-out MPW (Multi-Project Wafer) bersama SilTerra, sebagai kesinambungan kepada pembangunan reka bentuk IC. Perancangan ini merupakan langkah ke arah merealisasikan hasil reka bentuk melalui proses fabrikasi serta membina pengalaman dalam pembangunan cip.


Usaha ini turut mendukung hasrat Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk menjadikan MJII sebagai pusat pendidikan TVET yang melahirkan modal insan bertaraf dunia. Pembangunan teknousahawan melalui program inkubator dan kerjasama industri menyokong usaha melahirkan usahawan yang kompeten, bersedia memenuhi keperluan industri serta mampu menghadapi cabaran masa hadapan.


Diharapkan penyertaan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada teknousahawan TVETMARA MJII untuk mengembangkan inovasi, memperluas jaringan industri dan membina perniagaan yang berdaya saing dalam sektor semikonduktor.

by sensei Azeera

Penceramah Kursus Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran Teknikal dan Latihan TVET

 










DARI KEPAKARAN KE INOVASI: TVETMARA MJII MEMACU MASA HADAPAN AI!

KEPAKARAN DIAKUI, ILMU DIKONGSI, NAMA TVETMARA MJII TERUS DIANGKAT!


Tarikh: 7–9 Oktober 2026

Tempat: Park Inn by Radisson

Anjuran: Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan

Peserta: Pengajar bidang Elektronik dan Mekanikal ILKBS


Tahniah kepada Pn. Nor Azrinna binti Muhamad, Master Trainer Kemahiran AI dan staf Jabatan Sistem Terbenam TVETMARA MJII, atas kepercayaan yang diberikan untuk menjadi penceramah Kursus Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran Teknikal dan Latihan TVET kepada pengajar ILKBS, Kementerian Belia dan Sukan.


Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada aplikasi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) melalui Teachable Machine, Edge AI menggunakan ESP32-CAM dan Edge Impulse, termasuk bimbingan pembangunan mini projek AI secara praktikal.


Peserta berpeluang meneroka bagaimana data, algoritma, kamera dan perkakasan elektronik boleh digabungkan untuk membangunkan aplikasi pintar. Bagi pengajar, pendedahan ini memperluas pendekatan pengajaran berasaskan projek; bagi peserta, ia mengukuhkan kefahaman tentang pembangunan model AI, integrasi perkakasan dan penyelesaian masalah teknikal.


Inilah antara keistimewaan Program Diploma Kejuruteraan (Sistem Terbenam) TVETMARA MJII — menggabungkan elektronik, pengaturcaraan, mikropengawal dan teknologi pintar untuk meneroka penyelesaian kejuruteraan dunia sebenar.


Daripada sistem pengecaman imej kepada automasi pintar, bidang ini membuka peluang kepada peserta untuk membina prototaip, menguji idea dan mencipta inovasi yang relevan dengan perkembangan industri digital.


Pelantikan Pn. Nor Azrinna sebagai penceramah memperlihatkan sumbangan kepakaran warga akademik TVETMARA MJII dalam perkongsian ilmu merentas institusi. Usaha ini menyokong pembangunan kompetensi pengajar, memperkukuh budaya inovasi dan menyumbang kepada agenda melahirkan graduan TVET yang kompeten, kreatif serta bersedia menghadapi cabaran industri masa hadapan.


Syabas, Pn. Nor Azrinna! Semoga perkongsian kepakaran ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan memperkukuh reputasi TVETMARA MJII sebagai institusi yang komited terhadap inovasi serta pembangunan bakat teknologi.


Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada Pengarah TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, atas kepimpinan, saranan dan sokongan berterusan dalam memperkasa pembangunan pendidikan TVET, meningkatkan kompetensi warga institusi serta menyokong kecemerlangan akademik dan inovasi teknologi di TVETMARA MJII.

by sensei Rahman

Wednesday, October 14, 2026

Pensijilan International Commission Electrotechnical Commission (IECEx) Ex001 dan Ex003

 







🏆 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PELAJAR MJII! 🏆


Sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Sulaiman Bin Leonardo daripada kelas Goku, Jabatan Electronics Measurement & Control (DKC),atas kejayaan memperoleh pensijilan International Commission  Electrotechnical Commission (IECEx) Ex001: Application Basic Principle of Protection in Explosive Atmospheres dan Ex003: Installation Explosion Protected Equipment and Wiring Systems dalam bidang pemeriksaan peralatan elektrik untuk persekitaran berpotensi letupan (Explosive Atmosphere).


Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta membuktikan komitmen pelajar dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kompetensi profesional selaras dengan keperluan industri.


Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah maju, memperluas peluang kerjaya dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.


Syabas dan tahniah, Saudara Sulaiman! Semoga terus sukses! 🌟

by sensei Mutalib

Lawatan Industri Ke TP-Link Distribution Malaysia Sdn Bhd

 







1. Nama Aktiviti: Lawatan Industri Ke TP-Link Distribution Malaysia Sdn Bhd

2. Tarikh: 5 Oktober 2026

3. Masa: 11.00 pagi – 1.00 petang

4. Anjuran: Jabatan Data Transmission & Network (DKR) TVETMARA MJII

5. Tempat: TP-Link Distribution Malaysia, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur

6. Penglibatan: Semua pelajar semester 5 Jabatan Data Transmission & Network (DKR).

7. Ringkasan / Keterangan Aktiviti

Lawatan industri ke TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. telah diadakan pada 5 Oktober 2026, melibatkan pelajar Semester 5 Jabatan Data Transmission & Network (DKR), TVETMARA MJII. Lawatan ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi rangkaian komputer, sistem pengawasan pintar dan penyelesaian rangkaian bersepadu yang ditawarkan oleh TP-Link.


Sepanjang lawatan, pelajar diberi penerangan dan demonstrasi berkaitan produk serta teknologi rangkaian, termasuk penyelesaian rangkaian perniagaan melalui platform Omada, sistem kamera pengawasan pintar VIGI dan peranti rumah pintar Tapo. Pelajar turut berpeluang melihat demonstrasi sistem pemantauan kamera secara berpusat yang memaparkan penggunaan teknologi pengesanan dan pemantauan visual dalam persekitaran sebenar. Sesi penerangan dan demonstrasi produk oleh wakil TP-Link membolehkan pelajar memahami fungsi, aplikasi serta kepentingan teknologi tersebut dalam pembangunan infrastruktur rangkaian moden.


Secara keseluruhannya, lawatan ini berjaya memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah dengan menghubungkan pengetahuan teori kepada aplikasi industri sebenar. Pendedahan ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman teknikal pelajar, memperluas pengetahuan tentang perkembangan teknologi rangkaian semasa serta membantu pelajar mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi keperluan industri.

by sensei siti Hajar

Kursus Induksi PP-PPD-PPB

 








1. Nama Program: Kursus Induksi PP-PPD-PPB

2. Tarikh: 10 - 11 Oktober 2026

3. Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang

4. Tempat: ISE Education Sdn Bhd

5. Penglibatan: 4 orang pensyarah Jabatan Data Transmission & Network (DKR) dan 2 orang pensyarah Jabatan Embedded System (DKE), TVETMARA MJII

6. Ringkasan / Keterangan Aktiviti:


Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman kepada peserta berkaitan peranan, tanggungjawab serta prosedur pelaksanaan tugas sebagai Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah daripada Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST), iaitu Ts. Rosyuhadah binti Tahir dan En. Mazlan bin Mohamed. Seramai enam orang pensyarah TVETMARA MJII telah menyertai kursus ini, terdiri daripada empat orang pensyarah Jabatan Data Transmission & Network (DKR) serta dua orang pensyarah Jabatan Embedded System (DKE). Penyertaan dalam kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi pensyarah dalam pelaksanaan penilaian dan pengesahan kompetensi pelatih, di samping memastikan proses penilaian dilaksanakan secara sistematik, telus dan selaras dengan keperluan sistem persijilan kemahiran yang ditetapkan.

by sensei Siti Hajar