Monday, April 20, 2026

BUSINESS PITCHING (BUSINESS MODEL CANVAS) BERSAMA PANEL INDUSTRI

 









NAMA PROGRAM :

 BUSINESS PITCHING (BUSINESS MODEL CANVAS) BERSAMA PANEL INDUSTRI

Tarikh : 17 April 2026


Program Business Pitching BMC bersama panel industri telah berjaya dilaksanakan pada 17 April 2026 dengan penyertaan pelajar Semester 3 yang melibatkan sebanyak 10 kumpulan. Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar membentangkan idea perniagaan masing-masing menggunakan pendekatan Business Model Canvas (BMC) di hadapan panel industri, sekaligus memberi pendedahan kepada situasi sebenar dunia keusahawanan.


Program ini menampilkan dua orang panel industri iaitu Fairuz daripada JOX Sdn Bhd dan Mohd Faiz Ridzuan daripada Dr Gadget. Kehadiran panel telah memberi nilai tambah kepada program melalui penilaian profesional serta maklum balas yang konstruktif terhadap setiap pembentangan pelajar.


Sepanjang sesi pitching, setiap kumpulan telah mempersembahkan idea perniagaan yang berfokus dalam bidang elektronik seperti penjualan gadget, servis pembaikan peranti, aksesori elektronik serta penyelesaian teknologi berkaitan. Panel industri turut berkongsi pandangan serta cadangan penambahbaikan bagi membantu pelajar memperkukuhkan model perniagaan mereka agar lebih relevan dengan kehendak pasaran semasa.


Selain itu, program ini turut diselitkan dengan sesi perkongsian daripada panel industri yang berkongsi pengalaman sebenar dalam industri elektronik, termasuk cabaran seperti persaingan pasaran, perubahan teknologi serta strategi pemasaran yang berkesan.


Secara keseluruhannya, program ini memberi impak yang sangat positif apabila pelajar dapat melihat gambaran sebenar situasi dunia perniagaan melalui interaksi langsung dengan panel industri. Ini membantu pelajar memahami realiti sebenar dalam menjalankan perniagaan, meningkatkan keyakinan diri, serta mengasah kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis. Program ini juga berjaya memupuk semangat keusahawanan dalam bidang elektronik serta membuka peluang jaringan awal antara pelajar dan pihak industri.

by huda sensei

No comments:

Post a Comment