Nama Program: Program CSR Bengkel Pengaturcaraan Micro:bit untuk Murid Sekolah Rendah Sri Al-Amin, Semenyih
Tarikh: 4 Mac 2026 (Rabu)
Masa: 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Sekolah Rendah Sri Al-Amin, Semenyih
Sinopsis Program:
Program CSR Bengkel Pengaturcaraan Micro:bit ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Mikroelektronik (DKM), MARA-Japan Industrial Institute di Sekolah Sri Al-Amin Semenyih. Program ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang murid yang terdiri daripada murid Darjah 4 hingga Darjah 6.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai asas pengaturcaraan menggunakan peranti Micro:bit serta meningkatkan minat mereka terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sepanjang program berlangsung, peserta telah diperkenalkan kepada fungsi asas Micro:bit dan menjalankan beberapa aktiviti pengaturcaraan secara praktikal.
Pelaksanaan bengkel ini turut dibantu oleh tujuh (7) orang pensyarah dan sembilan (9) orang pelajar bagi memastikan kelancaran aktiviti serta membantu dan membimbing murid-murid sepanjang sesi pembelajaran.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini juga memberi peluang kepada pihak institusi untuk menyumbang kepada masyarakat melalui perkongsian ilmu dan pendedahan awal kepada teknologi serta pembelajaran berasaskan STEM.
by sensei Shafini

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment