Saturday, February 28, 2026

Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan MPP sesi 2026/2027

 




1. Nama Program: Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan MPP sesi 2026/2027

2. Tarikh : 27 Februari 2026

3. Tempat: Dewan Hyogo, MJII Beranang

4. Sinopsis/keterangan: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan sebuah organisasi yang dianggotai oleh pelajar dilantik melalui perlembagaan MPP. MPP berfungsi sebagai perantara kepada pelajar dengan pihak pentadbiran. Ianya juga berperanan sebagai badan yang menjaga kebajikan semua pelajar di samping membantu pihak pengurusan dan pentadbiran KKTM, MJII dan IKM meningkatkan kualiti akademik, pembangunan sikap dan kerohanian serta menjayakan pelbagai agenda semasa KKTM, MJII dan IKM. 


Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah MJII, iaitu Tuan Hj Rusli bin Abd Rahman dan berlangsung dengan lancar dengan kehadiran barisan pengurusan, pensyarah dan para pelajar.


Antara pengisian utama majlis ialah penyampaian watikah pelantikan kepada barisan MPP Sesi 2026/2027, penyampaian sijil penghargaan kepada mantan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Ahli Perwakilan Pelajar (APP) sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka, serta penyampaian sumbangan kebajikan kepada pelajar terpilih.


Pengarah MJII menegaskan bahawa pelantikan sebagai MPP merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan disiplin. 


Majlis Pelantikan Watikah MPP Sesi 2026/2027 telah mencapai objektif yang ditetapkan dan diharap dapat melahirkan barisan kepimpinan pelajar yang berwibawa, bertanggungjawab dan berdaya saing

by ustad Azim

No comments:

Post a Comment