Tuesday, December 9, 2025

World Skill Asia 20205... Taipei... Majlis Anugerah Wira

 



Isnin, 8 Disember 2025... ada majlis meraikan Pemenang World Skill Asia 2025 Taipei di Bangi Avenue.

Pelajar Menduduki Ujian JLPT N4 & N5... Disember 2025

 





1. Nama aktiviti:  Pelajar Menduduki Ujian JLPT N4 & N5

2. Tarikh: 7 Disember 2025 (Ahad)

3. Anjuran : JK Pembudayaan Jepun & Unit Bahasa Jepun

4. Tempat: Confucian Private School, KL

5. Penglibatan:  Pelajar MJII 

6. Sinopsis: 

Seramai 67 pelajar telah menduduki peperiksaan JLPT N5 kertas Disember 2025 bertempat di Kuala Lumpur. Rombongan pelajar adalah diiringi oleh Najwan  sensei. Diharapkan semoga pelajar MJII beroleh kejayaan dalam peperiksaan JLPT N5.

by Hana sensei

Monday, December 8, 2025

Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Muslim dan Multaqa Huffaz TVETMARA 2025

 






Aktiviti : Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Muslim dan Multaqa Huffaz TVETMARA 2025

Tarikh : 5 Disember - 8 Disember 2025

Tempat : Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading


Telah berlangsung Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Muslim dan Multaqa Huffaz TVETMARA 2025, anjuran Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA dengan penyelarasan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading serta kerjasama YADIM di KKTM Sri Gading. Seramai 6 orang pelajar MJII terlibat dari 200 orang pelajar TVETMARA dari seluruh IPMa. 


Program ini bertujuan memperkasa pembudayaan Islami dalam kalangan pelajar TVETMARA melalui pengukuhan aspek kepimpinan, sahsiah, adab, akhlak dan nilai murni yang diterapkan melalui bimbingan dan aktiviti berstruktur. Inisiatif ini turut memperkukuh elemen RISE bagi melahirkan generasi TVETMARA yang berilmu, berdaya saing dan berkarakter unggul.


Antara pengisian lain dalam program ini termasuk penyampaian Anugerah Ikon Huffaz Profesional, Ikon Kepimpinan Muslim, Institusi TVET Tahfiz Cemerlang, serta Ikon Dakwah. Untuk makluman, Ikon Dakwah disampaikan oleh Saudara Ahmad Muhaimin dari kelas Fushigi.

by Ustaz Azim