Friday, December 6, 2024

Lawatan Penanda Aras Ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas Bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Data Transmisi Dan Rangkaian)

 













Nama Aktiviti: Lawatan Penanda Aras Ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas Bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Data Transmisi Dan Rangkaian)

Tarikh: 27 November 2024 (Rabu)

Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: ILP Pedas

Sinopsis/Keterangan Ringkas Aktiviti:

Sesi pertemuan ini telah dipengerusikan oleh Ts. Suhaila binti Abdul Samad, Pengarah ILP Pedas, yang turut dihadiri bersama Ketua Jabatan Elektrik dan Elektronik, Penolong Pengarah Unit Komuniti & Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS) dan pegawai serta tenaga pengajar program Teknologi Telekomunikasi ILP Pedas serta 7 orang pensyarah dari jabatan Data Transmisi dan Rangkaian(DKR) MJII. Agenda utama lawatan adalah bagi mengenali lebih lanjut berkenaan struktur Pengajaran dan Pembelajaran Fiber Optik di ILP Pedas yang telah dilaksanakan, lawatan fasiliti, perkongsian amalan terbaik dan peluang kerjasama. 

Deligasi MJII telah dibawa melawat ke Bengkel Teknologi Telekomunikasi untuk melihat fasiliti-fasiliti Fiber Optik. Semoga hubungan baik di antara MJII dan ILP Pedas akan berterusan dengan usahasama yang akan terjalin pada masa akan datang.

by sensei Hajar

Persijilan MikroTik Certified Network Associate (MTCNA)

 







Laporan Aktiviti Persijilan  MikroTik Certified Network Associate (MTCNA)


1. Nama Aktiviti: Taklimat Ringkas & Ujian Persijilan MikroTik MTCNA

2. Tarikh: 3-5 Dis 2024 (Selasa- Khamis)

3. Masa: 9:00 Pagi - 4.30 ptg

4. Penganjur: Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR)

5. Pengajar: Sensei Dzulhizzam, Sensei Ubaidullah, Sensei Azlin & Sensei Noor Nadiah

5. Tempat: Makmal Rangkaian (Networking Lab)

6. Nama kelas: Fujitsu & Daikin (35 orang)

7. Semester: 5


8. Synopsis/keterangan:

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk persediaan pelajar-pelajar semester 5 dari jabatan DKR untuk menduduki peperiksaan persijilan MTCNA. Kursus ini dilaksanakan bersama-sama dengan 4 orang pensyarah DKR dan 35 orang pelajar. Pengisian kursus terdiri daripada teknik-teknik menjawab soalan, penyesuaian setup router, peraturan peperiksaan online dan sesi bergambar untuk dilaporkan kepada pihak MikroTik Latvia 🇱🇻. Diakhir ujian persijilan ini, kesemua 35 orang pelajar telah lulus dengan purata markah 83% dan mendapat sijil MTCNA dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada pelajar Daikin & Fujitsu 👏🏻👏🏻👏🏻

bu Azlin sensei

Thursday, December 5, 2024

International Convention Quality Controls Circles (ICQCC), Sri Lanka 2024

 






Nama Program: International Convention Quality Controls Circles (ICQCC), Sri Lanka 2024

Tarikh: 04 November 2024

Anjuran: Sri Lanka Association for the Advancement of Quality and Productivity (SLAAQP)

Tempat: Online, Hiroshima Room

Penglibatan: Quartz MJII


Sinopsis: 

International Convention Quality Controls Circles (ICQCC) 2024 telah berlangsung di Colombo, Sri Lanka, merupakan platform pengurusan kualiti bertaraf dunia yang mempromosikan konsep Quality Control Circles (QCC) untuk meningkatkan kualiti kerja, penyelesaian masalah, dan inovasi organisasi. Acara ini telah disertai oleh 594 pasukan dari 15 buah negara, termasuk Malaysia, India, Thailand, dan Korea, menjadikannya salah satu perhimpunan pengurusan kualiti terbesar di Asia. 

MARA-Japan Industrial Institute (MJII) melalui Pasukan Pengurusan Lean telah menghantar Quartz MJII menyertai ICQCC Sri Lanka 2024 ini dengan membentangkan projek Inefficient PO Analysis and Reporting Process secara persidangan maya pada 04 November 2024. Dalam konferen ini, Quartz MJII telah meraih Anugerah Gold Award. Kejayaan ini telah membuktikan komitmen MJII terhadap budaya kecemerlangan dan peningkatan berterusan.

Tahniah kepada Quartz MJII atas kejayaan cemerlang ini!

by Amalina sensei