Friday, July 12, 2024

Khidmat Masyarakat Vietnam YSS 2024

 




1. Nama aktiviti:  Khidmat Masyarakat Vietnam

2. Tarikh: 8 & 9 Julai 2024

3. Anjuran : Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

4. Tempat: Vietnam

5. Penglibatan:  Faris bin Fauzi, Kelas Hitachi DKS semester 5A

6. Sinopsis:


YSS adalah badan yang mengumpulkan sukarelawan di kalangan Siswa dan Siswi IPT-IPT di Malaysia. Mereka menganjurkan banyak aktiviti-aktiviti CSR / Khidmat Masyarakat samada di dalam negeri mahupun di Luar negeri.


Bagi tahun ini, seorang pelajar MJII iaitu Saudara Faris bin Fauzi telah terpilih untuk menyertai Aktiviti CSR Luar Negeri iaitu di Vietnam. Beliau akan menjalani program khidmat masyarakat tersebut dari 4 julai hingga 9 Ogos 2024.


Faris adalah antara salah seorang calon yang terpilih daripada 1,045 orang mahasiswa seluruh Malaysia dalam sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS  2024.


Diharapkan beliau dapat melaksanakan tugasan khidmat masyarakat tersebut dengan baik dan mengharumkan nama MJII dan Malaysia di bumi Vietnam. Diharapkan juga segala pengalaman beliau nanti dapat memberi impak positif kepada diri beliau dan MJII.

by Jaa sensei

Wednesday, July 10, 2024

Pertandingan Y-Roboc 24 (Youth Robot Challenge 2024)






1. Nama aktiviti:  Pertandingan Y-Roboc 24 (Youth Robot Challenge 2024)
2. Tarikh: 5 - 7 Julai 2024
3. Anjuran : Kementerian Belian dan Sukan (KBS)
4. Tempat: IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
5. Penglibatan:  Pelajar MJII
6. Sinopsis:

Pertandingan Robot tempur Y-Roboc telah berlangsung di IKTBN Bukit Mertajam, terdapat 6 ketegori pertangingan iaitu 5kg Tower Conquer, 8kg Boxing, 8kg Rumble, 16kg Multibot, Drone dart Challenge dan Agro Robot.

Pasukan MJII teah memasuki 3 kategori iaitu 5kg Tower Conquer, 8kg Boxing dan 8kg Rumble. Walaupun pasukan MJII tidak dapat memenangi sebarang kategori, diharapkan pengalaman yang diperolehi sepanjang pertandingan tersebut menjadikan mereka lebih bersedia untuk pertandingan-pertandingan selepas ini dan seterusnya membawa kemenangan kepada Pasukan Robofighto MJII di masa akan datang. 

Team MJII juga berkesempatan mempromosi Pertandingan Robofighto 2024 kepada rakan-rakan robot tempur dari institusi lain.
by Jaa sensei


 

Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2024

 







1. Nama aktiviti:  Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2024
2. Tarikh: 8 & 9 Julai 2024
3. Anjuran : Kerajaan Negeri Selangor
4. Tempat: Dewan Komuniti Semenyih, Selangor
5. Penglibatan:  Pelajar MJII
6. Sinopsis:

Pertandingan AINS adalah acara tahunan yg dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ianya dijalankan di setiap daerah dalam negeri Selangor untuk mencari hasil projek yang berkualiti bagi dinobatkan sebagai pemenang AINS dan mendapat Hadiah Wang Tunai RM5,000.

Untuk tahun 2024 ini, MJII telah menghantar sebanyak 5 projek pelajar.

Pada 9 Julai 2024, telah berlaku sesi penilaian hasil projek Daerah Hulu Langat oleh panel-panel yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Semoga pelajar-pelajar MJII mendapat Pengalaman yang bermafaat dari menyertai Pertandingan AINS ini.
by Jaa sensei


Friday, July 5, 2024

Perkongsian Tentang Amalan Pembudayaan Jepun di MJII kouza week 1

 





1. Nama aktiviti:  Perkongsian Tentang Amalan Pembudayaan Jepun di MJII

2. Tarikh: 5 Julai 2024 (Jumaat)

3. Anjuran : JK Pembudayaan Jepun

4. Tempat: Surau Riyadus Solihin MJII

5. Penglibatan:  Semua pelajar MJII

6. Sinopsis: 

Pn. Norila Wati telah membuat sesi perkongsian kepada pelajar-pelajar MJII tentang amalan pembudayaan Jepun di MJII. Tiga perkara utama yang dikongsikan adalah berkaitan dangan “Respond”, konsep “Omoiyari (sikap empati, perhatian, dan kepekaan terhadap perasaan dan keperluan orang lain)” dan penggunaan panggilan “Sensei”. Diharapkan dengan perkongsian ini, para pelajar dapat memperkukuhkan pemahaman mereka tentang amalan pembudayaan Jepun di MJII.

by Fazliani sensei