Wednesday, March 4, 2026

Lawatan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd ke MARA-Japan Industrial Institute(MJII)

 







Program : Lawatan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd ke MARA-Japan Industrial Institute(MJII)

Tarikh : 30 Januari 2026 ( Jumaat)

Masa : 10.00 pagi -12.00 tengah hari

Sinopsis Program:

Pihak Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd yang diwakili oleh Mr. Nick Niu (Senior Vertical Solution Expert) telah mengadakan satu lawatan kerja ke MARA-Japan Industrial Institute (MJII) bagi meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua organisasi. Lawatan kerja ini turut disertai oleh Pn. Rosnani binti Mohd Rosdi  (Timbalan Pengarah I Pengajian BKT), Tn. Haji Rusli bin Abd Rahman (Pengarah MJII), Tn. Haji Mohd Nizam bin Ali (Timbalan Pengarah MJII), Ts. Mohd Khairul Adzhar bin Umar (Ketua Jabatan DKR), En Hirzi Bin Mohd Ishak (Penolong Pengarah BKT) dan pensyarah-pensyarah Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau fasiliti sedia ada di MJII, khususnya bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Transmisi Data dan Rangkaian), membincangkan cadangan pengenalan teknologi 5G di MJII, serta meneroka potensi bentuk kerjasama lain yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, lawatan kerja ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Sesi perbincangan yang diadakan telah membuka ruang kepada pertukaran pandangan serta perkongsian maklumat antara kedua-dua pihak, khususnya dalam aspek pembangunan teknologi, peningkatan kemudahan latihan dan pemerkasaan program akademik di MJII. Pihak MJII dan Huawei Malaysia menyatakan komitmen untuk meneruskan perbincangan lanjut bagi mengenal pasti bentuk kerjasama strategik yang bersesuaian, termasuk dalam pelaksanaan teknologi 5G dan pembangunan kurikulum.

by sensei Hajar

Member Lama... sembang-sembang moreh di rimba buluh Pelangi semenyih

 


Selasa, 3 Mac 2026... sesi lepak-lepak dengan Member Lama... 

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (KITARAN BAHARU) ETAC MJII 2026

 








1. Nama Aktiviti: LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (KITARAN BAHARU) ETAC MJII


2. Tarikh: 4 & 5 FEB 2025


3. Tempat: MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Beranang, Selangor


4. Penglibatan: 16 orang panel ETAC


5. Sinopsis Aktiviti:

MJII telah melaksanakan Audit Akreditasi Penuh ETAC (Kitaran Baharu) bagi lima (5) program untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). Audit ini melibatkan seramai 15 orang panel penilai serta Ketua Delegasi dan telah dijalankan selama dua (2) hari.

Keputusan rasmi daripada pihak ETAC akan dimaklumkan setelah pihak ETAC menerima dan meneliti maklum balas daripada kesemua program MJII terhadap laporan penilaian yang dikemukakan.

Semoga MJII memperoleh keputusan yang cemerlang, iaitu tempoh akreditasi selama enam (6) tahun.

by Sensei Nurhana

Program Amal Baju Raya Project 2026

 











Nama aktiviti : Program Amal Baju Raya Project 2026

Tarikh : 28.02.2026

Masa : 7.30 pagi – 2.30 petang

Tempat : RHB Centre, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sinopsis/Keterangan ringkas: 

Program Amal Baju Raya Project (BRP) 2026 merupakan inisiatif kebajikan anjuran Komuniti Baju Raya Project sejak tahun 2013, yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan keperluan asas menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Pada tahun ini, buat pertama kalinya, MARA-Japan Industrial Institute (MJII) telah menjalinkan kolaborasi bersama komuniti BRP dengan menghantar seramai 25 sukarelawan pelajar dan 5 sukarelawan pensyarah bagi menjayakan program ini.


Selain melaksanakan aktiviti kebajikan dan pengagihan sumbangan, penglibatan ini turut menjadi platform untuk mempromosikan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) kepada masyarakat luar melalui pendedahan tentang penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan, pembangunan sahsiah pelajar serta komitmen terhadap tanggungjawab sosial.


Selain itu, MJII turut melaksanakan Program Sumbangan 5221 di peringkat institusi dan telah menyumbang sebanyak 34 set sumbangan untuk diagihkan kepada komuniti, rumah anak yatim dan rumah amal terpilih melalui Program Amal BRP 2026.


Program ini mendapat penajaan daripada RHB Group, Watson, CRC, Gatefold Solutions serta sokongan rakan media TVS dan Koolfm. Diharapkan kolaborasi antara MJII dan komuniti BRP dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat masyarakat yang memerlukan.

by Sensei Amalina