Wednesday, June 18, 2025

Lerobot Worldwide Hackaton AI Robotic Challange

 












1.  Nama Program: Lerobot  Worldwide Hackaton AI Robotic Challange  

2.  Tarikh:   14-15 Jun 2025  

3. Hari: Sabtu & Ahad4.  Tempat:  Selangor Human Resources Development Centre

5. Penglibatan: Pensyarah dan pelajar DKS6.  

6. Sinopsis/keterangan:


Pertandingan Lerobot  Worldwide Hackaton AI Robotic Challange telah dianjurkan oleh pihak SHRDC pada 14 dan 15 Jun 2025. Program ini dijalankan bagi mendedahkan para peserta kepada aplikasi AI yang digunakan bagi operasi teleoperated robot. Pelajar perlu menyiapkan pemasangan robot, pengumpulan set data dan aplikasi teleoperated robot sebagai penilaian pertandingan. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian di SHRDC yang disertai oleh pelbagai institusi, pensyarah dan jurutera industri. MJII telah menghantar seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang pelajar semester 2 dan 2 orang pelajar semester 6.

by Norizam Sensei....

Friday, June 13, 2025

LAWATAN AUDIT PROGRAM OLEH PANEL PEMERIKSA LUAR (EXTERNAL EXAMINER-EE) ETAC

 
















1. Nama Aktiviti:

LAWATAN AUDIT PROGRAM OLEH PANEL PEMERIKSA LUAR (EXTERNAL EXAMINER-EE) ETAC

2. Tarikh: 15 dan 16 Mei 2025

3. Tempat: MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Beranang, Selangor

4. Penglibatan: 5 orang panel EE yang dilantik:


EE DKE 

Prof. Madya Ir. Dr. Nasharuddin bin Zainal

EE DKS

Prof. Madya Dr. Mohd Azizi bin Abdul Rahman

EE DKM

Prof. Madya Dr. Siti Noorjannah Ibrahim

EE DKR

Ts. Dr  Siti Amalina Binti Enche Ab Rahim

EE DKC

Prof Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Khair Hassan


5. Sinopsis Aktiviti:

MJII telah melaksanakan audit program bagi mendapatkan maklumbalas dari EE berkaitan dengan kualiti pelaksanaan program di MJII untuk memenuhi keperluan Badan Akreditasi ‘Engineering Technology Accreditation Council’ (ETAC). 

Selain itu, audit ini adalah persediaan untuk menghadapi audit sebenar ETAC yang akan dilaksanakan kelak.Laporan audit EE ini sangat penting kerana ianya mengandungi laporan penilaian ke atas program. Maklumbalas yang diberikan perlu direkodkan dan diambil tindakan sebagai CQI.

by Helmi Sensei

Thursday, June 12, 2025

Lawatan Kolaborasi daripada syarikat Jepun, Bambis Sdn Bhd

 



1. Nama Aktiviti: Lawatan Kolaborasi daripada syarikat Jepun, Bambis Sdn Bhd

2. Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis)

3. Tempat: MJII Beranang

4. Anjuran:  JK Pembudayaan Jepun dan Unit Bahasa Jepun

5. Sinopsis / Keterangan Aktiviti : 

Lawatan daripada Ms. Mari Kimura ke MJII adalah bertujuan untuk berbincang tentang aktiviti kolaborasi syarikat Bambis bersama MJII iaitu:

1. Kolaborasi pelajar Jepun dengan pelajar MJII melalui lawatan educational di Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 4 Ogos 2025.

2. ⁠Lawatan educational ke MJII oleh pelajar dan guru guru dari Jepun dengan penglibatan pelajar pelajar MJII

Selain perbincangan, Ms. Mari turut membuat lawatan dibeberapa tempat di MJII. Kesimpulannya , kesemua aktiviti yang dirancang adalah untuk memperkasakan komunikasi bahasa Jepun serta memberi pendedahan budaya Jepun dikalangan pelajar MJII.

by Nurhana Sensei

Mesyuarat Jawatankuasa Program Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme Pengajar TVET Bil. 6/2025

 











1.Aktiviti: Mesyuarat Jawatankuasa Program Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme Pengajar TVET Bil. 6/2025

2.Tarikh: 4 Jun 2025 (Rabu)

3.Masa: 9.30 pagi – 5.00 petang

4.Tempat: MARA-Japan Industrial Institute (MJII)

5.Sinopsis:


MARA-Japan Industrial Institute (MJII) telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Program Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme Pengajar TVET Bil. 6/2025 yang mewakili agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi berkaitan, termasuklah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) , Jabatan Tenaga Manusia (JTM) , Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) , Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) , Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Latihan Profesional (BPKLP) , Universiti Kuala Lumpur (UniKL), GiatMARA, German-Malaysian Institute (GMI), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Maktab Teknik PDRM.

Pelbagai isu dan cadangan berkaitan pembangunan kepakaran serta profesionalisme pengajar TVET telah dibincangkan secara konstruktif sepanjang sesi mesyuarat tersebut.

Sejurus tamat mesyuarat, para wakil agensi telah dibawa melawat ke Galeri Narita. Lawatan ini turut disertai oleh Ts. Dr. Mahazani,Pengarah MJII yang meluangkan masa untuk memberi penerangan berkenaan projek-projek inovasi yang dihasilkan oleh MJII.

Kemudian, lawatan diteruskan ke Makmal Robotik dan Automasi serta Makmal SCADA yang bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan teknikal sedia ada di MJII. Inisiatif ini juga dilihat sebagai langkah proaktif ke arah memupuk jalinan kerjasama strategik antara agensi pada masa akan datang.

by Sensei Hajar

Thursday, June 5, 2025

Pertandingan Karangan dan Syarahan Bahasa Jepun bagi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia 2025 (JESC2025)

 










1. Nama Aktiviti: Pertandingan Karangan dan Syarahan Bahasa Jepun bagi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia 2025 (JESC2025)

2. Tarikh: 28 Mei 2025 (Rabu)

3. Tempat: Dewan Kuliah, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

4. Penganjur: Japanese Language & Culture Centre, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

5. Penglibatan:

2 orang pelajar:  Zunnur Aizayurie binti Zaeime (DKS-Sakurai) & Farrah Alyssa binti Muhamad Fadzil ( DKC-Seiko), pensyarah pengiring dari Unit Bahasa Jepun

6. Sinopsis Aktiviti:

Pertandingan Karangan dan Syarahan Bahasa Jepun bagi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia 2025 (JESC2025) merupakan penganjuran kali kedua oleh Japanese Language & Culture Centre, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM. Pertandingan ini mendapat tajaan daripada The Komaru-Koutsuu Foundation, Fukuyama Transportation dan The Shibuya Ikueikai Foundation.

Seramai 15 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, terdiri daripada pelajar-pelajar USIM, UMK, UKM, UIAM, UPSI, UiTM, UNIMAS, termasuk 2 orang peserta dari MJII. 

Panel juri pertandingan ini terdiri daripada wakil Kedutaan Jepun di Malaysia, Japan Foundation Kuala Lumpur, Alumni Look East Policy Society (ALEPS) dan Malaysia Japanese Language Instructor Society (MAJLIS).

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: Peserta dari UiTM

Tempat Kedua: Peserta dari UKM

Tempat Ketiga: Peserta dari USIM

Hadiah Khas Juri: Peserta dari UPSI

Walaupun kedua-dua peserta dari MJII hanya menerima hadiah saguhati, penyertaan mereka dalam pertandingan ini telah menjadi satu platform yang baik untuk mengaplikasikan kemahiran Bahasa Jepun serta memberi pendedahan dan pengalaman yang berharga.

by Fazliani sensei