Monday, January 20, 2025

SLOT PEMBENTANGAN KAJIAN KESIHATAN MENTAL OLEH PENGARAH MJII BERANANG JJ 2025

 









SLOT PEMBENTANGAN KAJIAN KESIHATAN MENTAL OLEH PENGARAH MJII BERANANG


Nama Aktiviti: Slot Pembentangan Kajian Kesihatan Mental Oleh Pengarah MJII Beranang

Tarikh : 3 Januari 2025

Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat: Surau Riyadus Solihin, MJII

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling MJII

Penglibatan : Semua pelajar dan staf MJII Beranang


Sinopsis/Keterangan Ringkas Aktiviti:

Slot Kajian kesihatan mental yang telah disampaikan oleh Pengarah MJII, Ts. Dr. Mahazani bin Ali, mengupas tentang penyelidikan yang telah dilakukan oleh beliau dalam kajian kes terhadap skor kesihatan psikologi  terhadap kakitangan KKTM Pasir Mas pada tahun 2021, kakitangan MARA (2023), dan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia pada tahun 2023. Kesihatan mental secara amnya merujuk kepada keadaan emosi, psikologi, dan sosial seseorang yang mempengaruhi cara mereka berfikir, merasa, dan bertindak. Dalam konteks ini, kajian ini juga menilai bagaimana kesihatan mental mempengaruhi prestasi akademik dan pekerjaan, hubungan sosial, dan kualiti hidup seseorang. Ia juga melibatkan penyelidikan tentang stigma dan diskriminasi terhadap individu yang mengalami isu gangguan kesihatan mental. Untuk memastikan kesihatan mental yang baik, individu perlu perlu mengambil langkah-langkah proaktif seperti bersikap positif,  menghadiri majlis keagamaan yang kerap, mendapatkan sokongan sosial yang baik dari persekitaran dan komuniti, menjaga pemakanan seimbang, dan sentiasa melakukan aktiviti fizikal yang teratur adalah antara langkah yang boleh membantu mengekalkan kesihatan mental yang baik dan mengurangkan risiko ke arah gejala gangguan kesihatan mental. Kesihatan mental yang baik bukan sahaja memberi manfaat kepada individu tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan.   Secara keseluruhannya, slot pembentangan kajian kesihatan mental yang disampaikan oleh Pengarah MJII ini bertujuan untuk memberikan pemahaman dan kesedaran yang lebih mendalam kepada semua pelajar dan warga MJII tentang cara menjaga dan meningkatkan kesejahteraan mental secara individual. Kesihatan mental yang baik adalah kunci untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan berkualiti. Ia bukan sahaja penting untuk meningkatkan kesejahteraan individu, tetapi juga menyumbang kepada kejayaan sesuatu organisasi bahkan juga keharmonian dalam masyarakat sejagat.

by Kaunselor Yati

Sunday, January 19, 2025

Perkongsian Tentang Amalan Pembudayaan Jepun di MJII & Taklimat JLPT

 





1. Nama aktiviti:  Perkongsian Tentang Amalan Pembudayaan Jepun di MJII & Taklimat JLPT

2. Tarikh: 11 Januari 2025 (Sabtu)

3. Anjuran : JK Pembudayaan Jepun & Unit Bahasa Jepun

4. Tempat: Surau Riyadus Solihin MJII

5. Penglibatan:  Semua pelajar MJII

6. Sinopsis: 

Sesi perkongsian kepada pelajar-pelajar MJII mengenai amalan pembudayaan Jepun di MJII telah diadakan bagi mengingatkan mereka untuk mengamalkan amalan pembudayaan Jepun dengan betul. Dua perkara utama yang disentuh adalah cara "Classroom Greetings" dan penggunaan panggilan "Sensei" yang betul. Seterusnya, sesi diteruskan dengan taklimat JLPT oleh Pn. Nurhana. Taklimat JLPT adalah berkaitan tentang kewajipan mengambil JLPT N5 sebagai syarat bergraduat, proses pendaftaran dan laporan keputusan JLPT MJII.Diharapkan dengan perkongsian ini, para pelajar dapat memperkukuhkan pemahaman mereka mengenai amalan pembudayaan Jepun di MJII dan kepentingan menduduki JLPT N5 di MJII.

by sensei Nurhana

Majlis Penyerahan Borang Ikrar Bebas Rasuah (IBR) MJII Beranang 2025

 




1. Nama aktiviti:  Majlis Penyerahan Borang Ikrar Bebas Rasuah (IBR) MJII Beranang 2025

2. Tarikh: 15 Januari 2025 (Rabu)

3. Anjuran : JK Anti-Rasuah (JAR) MJII Beranang

4. Tempat: Dewan Hyogo MJII

5. Penglibatan:  Semua kakitangan dan pelajar MJII

6. Sinopsis: 

Majlis Penyerahan Borang Ikrar Bebas Rasuah (IBR) MJII Beranang 2025 merupakan satu inisiatif penting yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) MJII Beranang untuk memupuk kesedaran dan komitmen seluruh warga institusi terhadap nilai integriti dan bebas rasuah. Program ini akan berlangsung pada 15 Januari 2025 (Rabu) bertempat di Surau Riyadus Solihin MJII. Semua kakitangan dan pelajar MJII dijemput untuk bersama-sama menyaksikan serta mengambil bahagian dalam penyerahan borang ikrar tersebut, sebagai simbolik sokongan kepada usaha memerangi gejala rasuah. Melalui majlis ini, diharapkan nilai amanah, kejujuran, dan tanggungjawab dapat diterapkan dalam setiap individu, selari dengan aspirasi MJII untuk melahirkan generasi yang beretika tinggi.

by sensei Dzul

Saturday, January 4, 2025

CSR Pembelajaran Microbit di Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang

 








1. Nama Program : CSR Pembelajaran Microbit di Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang

2. ⁠Tarikh : 2 Jan 2025

3. ⁠Masa : 8.00 - 1.00 pm

4. ⁠Tempat : Makmal ICT Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang

5. ⁠Penganjur : Jabatan DKC

6. ⁠Sinopsis/Keterangan : Pihak Sekolah telah memohon MJII untuk berkongsi kepakaran pengawal mikro Microbit bagi subjek rekabentuk dan teknologi darjah 6. Jabatan DKC telah menghantar pengajar bertauliah dalam bidang microbit untuk mengajar di sekolah. Aktiviti yang dilakukan adalah belajar sambil bermain dimana murid² perlu memprogramkan pengawal mikro untuk menghasilkan buah dadu electronik menggunakan mikrobit. Objektif pembelajaran tercapai apabila kesemua murid² berjaya memprogramkan microbit dan bermain dam ular menggunakan dadu elektronik.

by Sensei Adzrul

Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Januari 2025

 









1. Nama aktiviti: Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Januari 2025

2. Tarikh:  23-27  Disember 2024

3. Tempat: Wasenta, Tokyo Hall & Surau Riyaddussolihin

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  


Minggu Silaturahim (MSR) adalah merupakan program  pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pengajian dan persekitaran di MJII. Seramai 39 orang pelajar baharu yang terdiri daripada lima jabatan yang mendaftar pada sesi Januari-Jun 2025. MSR sesi ini dijalankan selama 4 hari . Antara   aktiviti yang dijalankan semasa MSR adalah taklimat-taklimat penting bagi mendedahkan pelajar baharu di MJII.  Antara taklimat tersebut ialah  Taklimat Bersama Pengarah, Taklimat Bersama Ketua-Ketua Jabatan, Taklimat Akademik, Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Jabatan Pengajian Am, Taklimat Disiplin, Taklimat Felo, Taklimat Unit Peperiksaan, Taklimat Kaunselor, Taklimat Perpustakaan, dan Taklimat Koperasi . Aktiviti Dalam Kumpulan (LDK) turut diadakan bagi membentuk kerjasama antara pelajar baharu yang dikendalikan oleh MPP. Pelajar baharu juga dibawa melawat persekitaran MJII sebelum kelas bermula. Kerjasama antara AJK MSR dan Urusetia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator telah menjayakan program ini dengan baik. Semoga para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dalam menimba ilmu di MJII.

by sensei Hamirah