Sunday, September 15, 2024

Mesyuarat Kolaborasi Konferens MJII dan UNIKL

 







1. Nama aktiviti: Mesyuarat Kolaborasi Konferens MJII dan UNIKL 

2. Tarikh:  12 Sept 2024 (Khamis)

3. ⁠Masa : 2.30 petang – 4.45 petang

4. ⁠Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 22, Bangunan Canselori UniKL.

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  

Sesi perbincangan telah diadakan diantara jawatankuasa konferens MJII dengan Bhg Penyelidikan UniKL. Tujuan perbincangan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut keperluan dalam melaksanakan konferens. Dimaklumkan bahawa pihak UniKL akan menganjurkan kongres elektronik yang merangkumi 4 cawangan unikl (MFI, MIMET, BMI, UBIS). MJII telah dijemput untuk turut menjadi co-host konferen dalam bidang elektronik yang berkait dengan MJII. Secara keseluruhan , sesi ini telah berjaya mendapatkan maklumat dan pengalaman UniKL dalam melaksanakan konferen di peringkat local dan antarabangsa.

by sensei Masri

Thursday, September 12, 2024

Temasya SPeKMA Ke-12 Tahun 2024 di KKTM Kemaman

 





Alhamdulillah

Selesai sudah 5 hari kejohanan Temasya SPeKMA Ke-12 Tahun 2024 di KKTM Kemaman


Kedudukan MJII & jumlah pungutan mata secara keseluruhan adalah seperti berikut:


✅Kedudukan : Kelima (5) keseluruhan dari 24 pusat

✅Pungutan mata : 102


Jumlah kutipan pingat yang diperolehi adalah seperti berikut : 


Emas - 0

Perak - 1 (eGames-ML)

Gangsa - 1 (TVET run - P)


Status Kelayakan setiap acara : 


✅TVET Run (L) - all finisher

✅TVET Run (P) - 3rd & all finisher

✅Bola sepak - suku akhir shj

✅Bola tampar (L) - suku akhir shj

✅Takraw - suku akhir shj

✅Badminton - suku akhir shj

✅Bola Jaring - suku akhir shj

✅Dart - peringkat kump shj

✅eGames (Pubg) - Ke-7 terbaik

✅eGames (ML) - Tempat Ke-2

✅Volley Ball (P) - Suku akhir shj

✅Ping Pong - Suku akhir shj


Terima kasih & tahniah kepada semua atlet serta coach/pengiring yg terus kekal bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh disetiap acara yang disertai


Serta tidak dilupakan pihak pengurusan atas segala sokongan dan iringan doa sepanjang temasya ini..


Kalah dan menang adat dalam pertandingan

Insyallah semoga semangat kesukanan dan perjuangan ini dapat diteruskan ke SPeKMA yang akan datang

Gambatte Minasan

Arigatou Gozaimasu

by Ubai Sensei

Koza JD 2024 DKC - Line Follower Robot Competition

 







1. Nama Program: Line Follower Robot Competition


2. Tarikh: 6 September 2024


3. Anjuran: Jabatan DKC


4. Tempat:  Hyogo Hall, MJII


5. Penglibatan: Pelajar dan Staff DKC


6. Sinopsis/Keterangan: Jabatan DKC telah mengadakan pertandingan line follower robot antara sub-kouza Sensei DKC. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memupuk kerja berpasukan antara kumpulan dan merangsang pemikiran kritikal ( critical thinking) setiap pelajar.  Tugasan pelajar adalah membina robot yang dapat melalui garisan dalam masa yang terpantas. Pertandingan ini telah dimenangi oleh:

Tempat Pertama : Kouza Sensei Achnas

Tempat Kedua : Kouza Sensei Azrul

Tempat Ketiga : Kouza Sensei Haji Hasan

Video Montaj Terbaik : Kouza Sensei Syaban 

Pertandungan ini telah mencapai objektifnya. Diharapkan pertandingan sebegini diteruskan untuk tahun seterusnya

by sensei Azrul

Wednesday, September 4, 2024

Raspberry Pi Programming Bootcamp, DKS 2024

 







1. Nama Program: Raspberry Pi Programming Bootcamp.

2. Tarikh: 26 - 29 Ogos 2024

3. Anjuran: Jabatan Robotik & Automasi bersama Robomy Sdn Bhd

4. Tempat:  Makmal Pneumatic, MJII

5. Penglibatan: 20 orang pelajar jabatan DKS, 

6. Sinopsis/Keterangan:


Satu program bootcamp utk pelajar DKS telah dijalankan dengan kerjasama dari Syarikat Robomy Sdn Bhd. Syarikat ini adalah antara peneraju industri Artificial Intelligent di Malaysia. 

Berdasarkan keperluan kepada teknologi Kecerdikan Buatan di masa kini, Jabatan DKS telah bekerjasama dengan Robomy Sdn Bhd. bagi memberikan kemahiran AI kepada pelajar-pelajar DKS bagi direalisasikan di dalam Final Year Project mereka nanti.

Antara kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran kepada Penggunaan Pengaturcaraan Python dan seterusnya penggunaan Raspberry Pi sebagai medium controllernya.

Seramai 20 orang pelajar ini telah menunjukkan kesungguah sepanjang mereka menjalani latihan AI tersebut dan akan dikurniakan sijil penyertaan dari Robomy Sdn Bhd. Syarikat Robomy juga bersedia untuk menjadi Co-Supervisor bagi pelajar -pelajar yang mempunyai minat untuk menjadikan AI sebagai Tajuk Projek Akhir mereka nanti.

by Jaa sensei

Tuesday, September 3, 2024

Program CSR Sabah 2024 bersama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Malaysia.

 




1. Nama Program: Program CSR Sabah 2024 bersama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Malaysia.

2. Tarikh: 2 - 16 Sept 2024

3. Anjuran: Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kementerian Perpaduan Negara

4. Tempat:  Kudat, Kota Marudu dan Papar Sabah

5. Penglibatan: 1 orang pelajar Semester 4 DKS, 

6. Sinopsis/Keterangan: 


Senpai Siti Aisyah binti Nasuha dari Kelas Pikachu semester 4 DKS telah terpilih untuk mengikut satu program CSR bersama YSS yang dijalankan di Sabah selama 2 minggu.

Siti Aisyah adalah antara salah seorang calon yang terpilih daripada 1,045 orang mahasiswa seluruh Malaysia dalam sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS  2024.

Diharapkan beliau dapat melaksanakan tugasan khidmat masyarakat tersebut dengan baik dan mengharumkan nama MJII dan Malaysia di sana nanti. Diharapkan juga segala pengalaman beliau nanti dapat memberi impak positif kepada diri beliau dan MJII.

by Jaa sensei

Sembang Santai OBE & ETAC Julai - desember 2024

 




1. Nama aktiviti: Sembang Santai OBE & ETAC

2. Tarikh:  23 Ogos 2024 (Jumaat)

3. ⁠Masa : 11.00 pagi - 12.15 tghr

4. ⁠Tempat: Surau Riyadatus Solihin

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  

Sesi taklimat OBE & ETAC kepada semua pelajar MJII anjuran J/Kuasa ETAC MJII telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Surau Riyadatus Solihin. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada pelajar  berkenaan OBE & ETAC . Sepanjang taklimat ini, beberapa soalan quiz di ajukan kepada pelajar bagi menilai tahap kefahaman pelajar memahami perkara berkaitan OBE & ETAC. Secara keseluruhan, taklimat ini telah berjaya dijalankan dan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Syabas dan tahniah.

by sensei Nurhana