Thursday, April 16, 2026

LAWATAN KE MALAYSIAN RESEARCH ACCELERATOR FOR TECHNOLOGY & INNOVATION ( MRANTI)

 









1. Nama Program: LAWATAN KE MALAYSIAN RESEARCH ACCELERATOR FOR TECHNOLOGY & INNOVATION ( MRANTI)

2. Tarikh : 7 April 2026

3. Tempat: MRANTI, Bukit Jalil KL

4. Sinopsis/keterangan: 

Program lawatan ke Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) telah dilaksanakan pada 7 April 2026 bermula jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang. Seramai 37 orang pelajar semester 4 bersama 2 orang pensyarah telah terlibat dalam lawatan ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai ekosistem inovasi dan teknologi di Malaysia.


Sepanjang lawatan, pelajar telah didedahkan kepada peranan MRANTI dalam menyokong pembangunan teknologi, penyelidikan serta pengkomersialan inovasi. Selain itu, pelajar juga berpeluang memahami bagaimana start-up teknologi dibangunkan serta kepentingan kolaborasi antara industri dan institusi pendidikan. Sesi ini secara tidak langsung membuka minda pelajar terhadap peluang dalam bidang technopreneurship.


Impak daripada program ini, pelajar menunjukkan peningkatan minat terhadap keusahawanan berasaskan teknologi serta lebih memahami keperluan industri semasa seperti kemahiran teknologi, kreativiti dan pemikiran kritikal. Program ini juga berjaya memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjana idea inovasi dan meneroka peluang perniagaan pada masa hadapan.

by Sensei Huda 

No comments:

Post a Comment