Seminar Pembentangan Latihan Industri Sesi Jul - Dis 2014

25hb November 2014, seminar Pembentangan Latihan Industri telah dijalankan yang melibatkan pelajar-pelajar sesi Jul - Disember 2014 ini.

Seminar Pembentangan Projek Akhir Sesi Jul-Dis 2014

12 dan 13hb November 2014, bertempat di Theaterrate 1 dan 2 telah berlangsung Seminar Pembentangan Projek Akhir 2 pelajar-pelajar MJII.

Monday, November 24, 2014

Lawatan Mengejut Pengarah Bahagian Kemahiran & Teknikal

24hb November 2014, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA, Tuan Haji Roseli telah melakukan satu lawatan ke MARA-Japan Industrial Institute. Beliau datang bagi memeriksa kemudahan alatan yang terdapat di MJII bagi memastikan tiada alatan yang tidak digunakan untuk pembelajaran di MJII ini, kerana baginya ianya adalah satu pembaziran wang rakyat. Beliau juga sempat melawat kemudahan makmal komputer baharu di OISCA. Beliau mencadangkan Pusat Bahasa OISCA terlibat sama dalam mengajar Bahasa Jepun kepada pelajar-pelajar diploma MJII.

Wednesday, November 19, 2014

Lawatan Toyota Auto Body (Malaysia) Sdn Bhd


17hb November 2014, Wakil dari Toyota Auto Body (M) Sdn Bhd ialah Mr. Masashi Suzuki, director of Administration dan Tuan Hj, Hamzah, human Resources Department.

Lawatan Toyota Auto Body (Malaysia) Sdn Bhd


17hb November 2014, Toyota Auto Body (M)Sdn. Bhd. adalah anak syarikat UMW Toyota yang bertanggungjawab membekalkan komponen badan kereta Toyota model Vios, Hilux dan Camry. Tujuan lawatan adalah untuk menjalin kerjasama antara TAB dan MJII. Atas permintaan pihak TAB, mereka telah dibawa melihat kemudahan makmal robotik terutama penggunaan Industrial Robot di MJII.

Lawatan oleh Korea Association of Robot Industry (KAR)


14hb November 2014, satu deligasi dari Korea Selatan iaitu Korea Association of Robot Industry (KAR) telah membuat lawatan ke MJII. ianya antara lain untuk berkongsi maklumat dan meninjau kemudahan pembelajaran di MJII terutama sekali untuk Program Robotik dan Automasi. Deligasi diketuai oleh Mr. Hyo Sik Yang, Vice President of KAR sendiri.