Friday, July 31, 2015

Kepulangan Pelajar-pelajar dari United Kingdom

25hb Julai 2015, dua orang pelajar MJII saudari Syafika dan Atikah telah pulang daru United Kingdom setelah selesai pengajian peringkat sarjana muda di sana. Tahniah kepada mereka semoga menjadi penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar MJII yang lain.

Japan Cultural Event @ MARA

Pada tahun ini, Japan Cultural Event (JCE) telah diadakan di Lobi Bangunan MARA Kuala Lumpur. Ianya dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah MARA Datuk Haji Ibrahim bin Ahmad. JCE telah berlangsung selama 3 hari dari 28 - 30hb Julai 2015. Ianya mendapat sambutan yang sanat-sangat menggalakkan. Kepada semua yang terlibat, terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan JCE kali ini.

Sambung Belajar di Australia

Pada hari raya yang ketiga bersamaan 19/7/2015 yang lalu, saudara Sufian telah berangkat ke University of Adelaide bagi menyambung pelajaran beliau ke peringkat sarjana muda disana. semoga beliau akan beroleh kejayaan.