Thursday, February 27, 2014

MJII...Perlawanan Pemanas Badan sempena SUKAT 2014

SUKAT 2014, Sukan Antara Kakitangan MARA 2014 akan berlangsung di IKM Jasin. Pasukan bolasepak MJII telah mengadakan perlawanan presahabatan dngan pasukan kakitangan IKM Kuala Lumpur di padang KPM Beranang. Perlawanan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan tidak seri.

Tuesday, February 25, 2014

MJII...Taklimat Penubuhan dan Perlaksanaan SPR IPMa

20hb Februari 2014, bertempat di Dewan Bistari UniKL Kuala Lumpur, satu sesi taklimat dan perlaksanaan Sekretariat Pencegah Rasuah Institut Pendidikan MARA(SPR IPMa) telah diadakan. MJII diwakili oleh Ustaz Iskandar sebagai pengganti Pengarah merangkap mepnyelaras MPP MJII, Presiden MPP saudara Tamim Dahari dan saudara Abu Dzar.

Saturday, February 22, 2014

MJII...Sesi Perbincangan dengan Keluarga Fauzan

21hb Februari 2014, Encik Marzuki Pengarah MJII, Encik Azman Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik) dan Encik Mukhlis (Penyelaras PKM 2014) telah berkunjung ke rumah Saudara Fauzan di Simpang Pulai, Ipoh Perak. Tujuan lawatan adalah untuk memperoleh persetujuan dari pihak ibu bapa saudara Fauzan bagi anak mereka menyertai Asean Skill Competition di Hanoi Vietnam nanti. Turut dibincangkan ialah mengenai tempoh latihan beliau.

Wednesday, February 19, 2014

MJII...Khalid sensei ke Australia

07hb Februari 2014, Khalid sensei telah berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana. Beliau disertai oleh ahli keluarganya. Turut berada di KLIA ialah Zaudin sensei, Zaid sensei dan Norizam sensei. Ganbatte kudasai.

Sunday, February 16, 2014

MJII...Ceramah Mr. Yoshimi Ota untuk sesi Kouza


7hb Februari 2014, Ota san telah menyampaikan ceramah bertajuk Equation of Success kepada pelajar-pelajar Jabatan Robotik. Ota san, arigatou gozaimashita. Sila ke www.roboticmjii.blogspot.com

MJII...Aktiviti Kouza pertama


7hb Februari 2014, aktiviti Kouza pertama iaitu membina bendera tertinggi. Bertempat di kawasan lapang berhampiran padang dan asrama putera.

MJII...Pelajar OISCA menjalani Praktikal Di Jepun


10hb Februaru 2014, bertempat di Hotel Premiera Kuala Lumpur, Telah diadakan majlis meraikan pelajar Abdul Qayyum Bin Abdul Rahman dan Mohammad Arief Faisal Bin Najib ke Jepun bagi menyertai latihan internship di Syarikat Kamiya Riken, Jepun selama 3 tahun. Kedua-dua pelajar berkenaan ialah lepasan pelajar IKM Johor Bahru di dalam kursus sijil teknologi sadur logam. Sila ke www.maraoisca.blogspot.com

Sunday, February 9, 2014

MJII...Mesyuarat Pengurusan bil 1/2014

6hb Februari 2014, Ahli Mesyuarat Pengurusan MJII telah mengadakan mesyuarat pertamanya di Kolej Kemahiran Tinggi Petaling Jaya Selangor. Antara agenda penting ialah penetapan KPI bagi setiap aktiviti yang akan dijalankan di MJII sepanjang tahun 2014 ini.