Thursday, November 28, 2013

MJII...Cermah Maal Hijrah Ustaz Azmil Mustafa

27hb November 2013, surau Riyadussolihin telah menganjurkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azmil Mustafa.

MJII...Bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan

14 November 2013, Dalam bengkel ini Tuan Shamsuddin Kadir telah banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau bersama peserta. Bengkel yang berjalan selama 1 hari ini sedikit sebanyak dapat membuka minda pelajar MJII Beranang tentang kepentingan dan kelebihan menjadi usahawan. Ia juga dapat membudayakan semangat keusahawanan di kalangan pelajar MJII Beranang bagi mendokong hasrat MARA untuk melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang teknikal.

Thursday, November 7, 2013

MJII...Business Hunt 2013 Program

Program “Business Hunt” 2013 telah dianjurkan oleh Unit Keusahawanan MJII Beranang dan KKTM Sri Gading bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar dunia perniagaan. Program ini diadakan pada 25 – 27 Oktober 2013 di Adamson Hotel, Kuala Lumpur yang melibatkan seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada Pelajar MJII Beranang dan KKTM Sri Gading. Seven Figure Sdn. Bhd telah dilantik sebagai perunding dalam merealisasikan objektif program ini.

Tuesday, November 5, 2013

MJII...Sambutan Tahun Hijrah 1435.

4hb November 2013, satu ceramah sempena Sambutan Maal Hijrah 1435 telah diadakan di Surau Riyadussolihin MJII. Bermula dengan bacaan doa akhir tahun dan bacaan doa awal tahun, majlis diteruskan dengan ceramah Hijrah Diri oleh Al Ustaz Mohd Sabri bin Abd Rani. Turut hadir ialah Pengarah MJII, Encik Marzuki bin Mahamat Radzi.