Saturday, May 29, 2010

KKTMB...MJII...Perpustakaan


KKTM Beranang memiliki sebuah bangunan perpustakaan yangg amat cantik dan luas. Ianya mula dibuka secara rasmi pada Januari 2010 yang lalu.

Bangunan ini mempunyai 3 tingkat di mana tingkat 1 adalah sebagai pusat aktiviti ko kurikulum untuk menempatkan bilik-bilik operasi bagi setiap persatuan dan kelab di KKTMB ini. Tingkat 2 pula menempatkan pejabat operasi perpustakaan, ruang bacaan, bilik perbincangan berkumpulan, bilik video conferencedan yang paling penting sekali ialah bilik untuk Learning Support Unit (LSU). Tingkat 3 bangunan perpustakaan ini pula menempatkan ruang luas untuk set-set bacaan dan tempat-tempat bacaan bagi setiap pengunjung.

Terdapat 3 orang kakitangan yang mengendalikan operasi perpustakaan ini iaitu Puan Norhidayah Baharom sebagai Pegawai Perpustakaan, Puan Asmarani sebagai pembantu tadbir dan Encik Muslim Mabror juga sebagai pembantu tadbir. Ianya juga dibantu oleh beberapa orang pelajar yang sukarela membantu operasinya pada waktu malam.

Perpustakaan ini dibuka setiap hari kuliah pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan rehat sebentar pada jam 1.00 tengahari hingga jam 2.00 petang pada hari biasa. Manakala pada hari jumaat ia rehat pada jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang.



Di sini terdapat banyak bahan bacaan untuk rujukan pembelajaran, majalah-majalah bebentuk ilmiah dan bahan-bahan bacaan berbentuk santai untuk selera setiap pengunjung.

Diharapkan perpustakaan KKTM Beranang akan memberikan perkhidmatan yang sempurna dan terbaik kepada warga KKTMB dan setiap pengunjung. Ganbatte ne...

Thursday, May 27, 2010

KKTMB...MJII...Makan Malam bersama Pengarah


26hb Mei 2010, Jabatan Elektronik (Embedded System) yang diketuai oleh En, Zaudin Saad (Ketua Jabatan)telah mengadakan Majlis Makan Malam bersama Pengarah baru Tuan Haji Wan Sabri Wan Ismail.

Turut dijemput bersama di dalam majlis itu ialah Tuan Haji Mohd Fadhil Ghazali iaitu Mantan Pengarah KKTMB dan Tuan Haji Nuriman Yusuf Timbalan Pengarah (HEA) KKTMB.

Majlis bertempat di Restoran Tomyam Beranang bermula jam 8.30 malam adalah sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih rakan-rakan pensyarah di jabatan ini di atas pengesahan jawatan dalam perkhidmatan mereka oleh pihak MARA dengan sokongan Ketua Jabatan dan Pengawal Pusat.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran ahli keluarga Tn. Hj. Mohd fadhil, keluarga Tn. Hj. Nuriman, keluarga En. Zaudin Saad dan keluarga Norhamimi sensei.

Diharapkan seterus ini, pensyarah-pensyarah Jabatan Elektronik Embedded System akan bekerja lebih keras lagi dan memberikan sumbangan yang terbaik kepada kemajuan dan masa depan KKTM Beranang ini.


Zaid sensei, Nazmi sensei, Mimi sensei, Khalid sensei, Ja'aris sensei and Zaudin sensei...
Mina sama...ishoni gambatte kudasai...

gambar-gambar ketika majlis akan menyusul...

Tuesday, May 25, 2010

KKTMB...MJII...Final Exam Week.


24hb Mei 2010, peperiksaan akhir telah bermula. Tiap-tiap kali peperiksaan akhir, dewan peperiksaan akan berubah-ubah mengikut keadaan. Harap-harap pelajar MJII@KKTMB ini telah tahu teknik untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan di saat akhir ini.

Kali ini dewan peperiksaan di letakkan di bangunan bengkel berdekatan bengkel pemasangan elektrik. Dewannya berhawa dingin, luas, mempunyai meja peperiksaan yang baru dan selesa.

Walaupun ada pelajar yang dirundung malang ketika menghampiri minggu peperiksaan akhir ini, contohnya saudari Nufitri dan saudari Izah yang kemalangan motosikal seminggu sebelum ini, dan saudara Zulhelmy Basir yang digigit nyamuk aedes hingga terkena demam denggi, tetapi minggu peperiksaan tetap berjalan seperti dijadualkan.

Kepada semua pelajar-pelajar MJII@KKTMB, selamat menempuh hari peperiksaan dengan selamat, sihat dan fokus. Semoga keputusan semester ini akan meningkat dan menunjukkan prestasi yang baik. Gambatte ne....Good Luck...

Friday, May 21, 2010

MJII...KKTMB...Majlis Perpisahan Tn. Hj. Mohd Fadhil


21hb Mei 2010, Satu Majlis ringkas perpisahan Pengarah KKTM Beranang iaitu Tn.Hj. Mohd Fadhil bin Ghazali telah diadakan.

Beliau akan berpindah ke ibu pejabat MARA Kuala Lumpur di Bahagian MIS. Beliau akan mula bertugas di sana pada hari Selasa 25hb Mei ini.

Beliau telah berkhidmat di MJII@KKTM Beranang ini selama hampir 6 bulan setelah mengantikan Tn. Hj. Shahruddin Bin Abd Hamid. Walaupun hanya 6 bulan di KKTMB ini, beliau telah banyak merancangkan gerak kerja untuk membawa MJII@KKTMB ke puncak kejayaan.

Majlis beliau bersama pelajar telah diadakan pada sebelah pagi sementara majlis beliau bersama kakitangan pula diadakan pada jam 3.00 petang. Antara lain beliau meninggalkan pesan supaya setiap gerak kerja yang telah berjalan mestilah diteruskan agar ianya menampakkan hasil di suatu hari nanti.

Beliau huga meminta semua kakitangan agar bekerja bersama-sama pengarah baru nanti demi masa depan MARA dan kolej ini khususnya.

Pesan beliau kepada pelajar-pelajar pula ialah supaya mereka sentiasa fokus dengan pembelajaran dan sentiasa bersedia belajar ilmu-ilmu baru.

Kepada Tn. Hj. Mohd. Fadhil, kami di MJII@KKTMB akan sentiasa mengenang jasa dan bakti mu di sini.

InsyaAllah, jika panjang usia kita akan bertemu lagi.

Wednesday, May 12, 2010

MJII...Pengarah Baru


Hari ini dalam sejarah lagi...12hb Mei 2010. MJII@KKTMB menerima kedatangan pengarah baru iaitu pengarah yang ketiga selepas Tn. Hj. Shaharudin Abd Hamid dan Tn. Hj. Mohd. Fadhil Ghazali.

Pengarah baru tersebut ialah Tn. Hj. wan Sabri bin Wan Ismail. Beliau sebelum ini bertugas sebagai pengarah di IKM Johor Bahru dan telah berkhidmat di sana selama hampir 6 tahun.

MJII@KKTMB mengalu-alukan kedatangan beliau ke sini dan amat berharap beliau dapat meneruskan kegemilangan MJII@KKTMB seperti pengarah-pengarah sebelumnya.

Kepada Tn. Hj. Mohd. Fadhil, segala jasa beliau di MJII@KKTMB ini amatlah dihargai. Dengan usaha gigih beiau dapat membawa MJII@KKTMB melangkah kehadapan setahap lagi. Semoga beliau akan lebih berjaya di tempat baru beliau.

Kepada semua warga MJII@KKTM Beranang, marilah kita bersama-sama barisan pentadbiran kolej ini untuk membina kejayaan yang lebih gemilang dan membawa MJII@KKTMB ke satu tampuk pencapaian yang tertinggi.

Mina sama Gambate kudasai...